Potensi Kerjaya Freelance Accountant

Potensi Pendapatan
Kami buat perkiraan pendapatan freelance accountant seperti dalam jadual di bawah sebagai motivasi untuk anda menceburi kerjaya ini. Ianya mungkin dicapai dan mungkin juga tidak - seperti juga mana-mana kerjaya pun - bergantung kepada kesungguhan dan komitmen anda sendiri.

Bekerja sendiri dan bekerja makan gaji mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walaunpun pendapatan mereka yang bekerja sendiri tidak tetap sepertimana mereka yang makan gaji, mereka yang bekerja sendiri seperti freelance accountant berpeluang meraih pendapatan tinggi dalam masa singkat. Kebiasaannya, pelanggan freelance accountant tidak akan menukar freelance accountant mereka dengan kerap.

Perkiraan dalam jadual berdasarkan caj RM300/bulan bagi setiap pelanggan dan seramai 1 pelanggan didapati setiap bulan. Secara purata, RM300 merupakan caj minimum bulanan. Ini dikira rendah mengambilkira penyediaan akaun secara full set disediakan. Gaji jurujual di kedai-kedai pakaian pun mungkin melebihi RM300/bulan. Bandar-bandar besar dan sederhana besar menyediakan big database of potential clients untuk freelance accountant. Analisa lanjut pengiraan dalam jadual di bawah perlu dibuat dengan kos-kos yang terlibat dan juga tangible serta intangible benefits.     




Perspektif Pemilik Perniagaan
Outsourcing semakin menjadi amalan pemilik perniagaan, syarikat mahupun organisasi. Ada yang outsource unit keselamatan, cucian, penyelenggaran komputer dan tak kurang juga penyediaan akaun perniagaan mereka. Pemilik perniagaan memilih outsourcing kerana:
  • kosnya lebih murah daripada menggaji sendiri pekerja
  • pemilik tidak perlu membuat sumbangan KWSP. SOCSO, bonus, insuran, lain-lain.
  • pemilik tidak perlu berdepan dengan karenah pekerja - ponteng, rasuah, jenayah, dll.
  • pemilik tidak perlu membuat pelaburan peralatan - dalam kes freelance accountant, pemilik (pelanggan) tidak perlu membeli perisian UBS Accounting dan menanggung kos latihan.

2 comments:

  1. saya nak sertai bengkel online.. dari awal sehingga proses akhir dalam freelance acc... sy ada dgree acc, & dh ada software ubs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga berminat untuk jadi freelance accounting, boleh suggest bengkel yg boleh saya join.

      Delete