Apa itu Freelance Accounting?

Freelance Accounting adalah salah satu kerjaya dalam bidang Perakaunan. Grafik di bawah menunjukkan pelbagai peluang kerjaya dalam bidang Perakaunan.


Freelance accounting yang kami maksudkan di sini ialah kerjaya di mana graduan bidang Perakaunan bekerja sendiri dengan menawarkan perkhidmatan menyediakan akaun perniagaan atau/dan menjadi agen cukai (memberi khidmat nasihat perancangan cukai korporat).

Siapa yang boleh boleh menceburi kerjaya ini?
Graduan Perakaunan terutamanya peringkat Ijazah boleh menceburi bidang ini. Graduan Diploma juga boleh menjalankan freelance accounting tetapi pengalaman yang cukup diperlukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih menyeluruh dan berjaya.

Mengapa menjalankan freelance accounting?
Biasanya pelajar perakaunan mensasarkan untuk bekerja makan gaji dengan bekerjaya sebagai akauntan syarikat, juruaudit, pegawai bank/LHDN, pakar forensik kewangan, menceburi bidang akademik dengan menjadi pensyarah/guru. Bagaimana jika....
  • kelulusan akademik anda bagus tetapi masih gagal mendapat pekerjaan?, atau 
  • kerja sudah dapat tetapi ibubapa pula tak benarkan (disebabkan oleh faktor lokasi, dll.), atau 
  • dari awal lagi anda minat bekerja sendiri (menjadi bos kepada diri sendiri, tidak terikat dengan waktu kerja tetap 8-5, dan bekerja dari rumah), atau
  • anda sudah mendapat kerja tetapi anda memerlukan pendapatan tambahan (kos sara hidup/komitmen tinggi) yang boleh dibuat selepas waktu kerja/hari minggu/selepas solat Isyak anda, atau
  • anda berkahwin sebaik saja menamatkan pengajian, dan suami kata, "Ling, Ling tak payah kerja tetaplah. Biar Yang saja yang bekerja. Tapi kalau nak kerja part-time dari rumah tu, bolehlah!".
Jawapan kepada semua persoalan di atas ialah......mempraktikkan FREELANCE ACCOUNTING!

Apa yang diperlukan untuk menjalankan freelance accounting?

    Peralatan:
  1. Komputer riba
  2. Perisian perakaunan original (misalnya, UBS Accounting)
   Pengetahuan/kemahiran:
  1. ilmu teknikal asas simpankira dan perakaunan
  2. kemahiran menggunakan perisian perakaunan (misalnya, UBS Accounting)
  3. kemahiran softskills - komunikasi, pemasaran, kenyakinan diri, dll. 





1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan, saya sudah bekerja sebagai Eksekutif Akaun selama 3 tahun dan saya berminat untuk menjalankan aktiviti freelance ini. Jika tidak keberatan saya mohon tuan beri sedikit tunjuk ajar pada saya, sekian terima kasih

    ReplyDelete