FAQ

1) Apa itu freelance accounting?
Menjalankan perniagaan sendiri memberi perkhidmatan bookkeeping, accounting dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan. Ianya merupakan salah satu kerjaya dalam bidang perakaunan, selain daripada menjadi akauntan awam (firma perakaunan), akauntan/pegawai akaun/juruaudit dalam/forensik kewangan kepada syarikat/organisasi.  



2) Siapa pelanggan (client) freelance accountant?
Pelanggan freelance accountant ialah perniagaan/syarikat yang tidak menggaji akauntan atau individu yang bertanggungjawab menguruskan perihal akaun perniagaan/syarikat. Contoh perniagaan/syarikat yang berpotensi menjadi pelanggan ialah kedai runcit, kedai hardware, kedai alat tulis/fotostat, pusat tuisyen, tadika, sekolah swasta, kedai kek & roti, kedai teknologi, koperasi sekolah, klinik perubatan, bengkel kenderaan, pemborong, kedai pengiklanan. 



3) Apa potensi perniagaan ini?
Selagi ada perniagaan/syarikat, selagi itulah ada peluang untuk freelance accounting berkembang. Ini kerana setiap perniagaan/syarikat perlu merekod dan memfailkan transaksi serta mengeluarkan laporan kewangan. 



4) Modal permulaan untuk jalankan freelance accounting?
Modal perniagaan ialah sekitar RM3,000. Ini ialah untuk:
  a) Komputer riba RM1,200
  b) Pencetak RM600 
       - untuk penjimatan dan memudahkan urusan percetakan, guna Dot Matrik. 
  c) Perisian UBS Accounting RM1,200

Namun, untuk permulaan, anda tidak perlu keluarkan sebarang perbelanjaan (kecuali untuk tujuan pemasaran), jika anda sudah ada komputer riba dan pencetak (yang diperolehi semasa pengajian di IPT), dan anda gunakan perisian versi trial.



5) Perlu jadi ahli MIA ke?
Tidak perlu tetapi keahlian dengan MIA boleh meningkatkan kenyakinan pelanggan semasa  menjalankan pemasaran. Anda perlu mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), iaitu sepertimana perniagaan-perniagaan lain juga.  



6) "Saya tak dapat kelulusan yang cemerlang sangat dalam bidang perakaunan ni. Boleh ke saya buat perniagaan ni?". 
Boleh, insyaallah. Perniagaan freelance accounting adalah sepertimana perniagaan-perniagaan lain juga - memerlukan keazaman dan kesungguhan melaksanakannya. Dari aspek teknikal perakaunan, anda hanya perlu menguasai ilmu asas simpankira dan asas perakaunan (yang mana saya yakin anda selaku graduan perakaunan telah memilikinya). Saya kata begitu sebab kami pun begitu masa memulakan perniagaan ini pada 1996 dulu. Malah, belajar subjek-subjek perakaunan lagi sukar daripada mempraktikkannya melalui freelance accounting. Belajar, skopnya luas sementara perkhidmatan freelance accounting, skopnya lebih kecil dengan tugasan rutin (bergantung kepada diri kita sendiri). Anda boleh memilih untuk fokus kepada perniagaan trading sahaja dan abaikan perniagaan dengan sistem akaun yang lebih komplek seperti syarikat kontraktor dan sebagainya. Kami memilih untuk tidak membuat akaun untuk kontraktor kerana dalam banyak kes yang kami temui, catatan rekod transaksi dan dokumentasinya, haru biru.   



7) Perlukah saya membeli perisian UBS Accounting yang original untuk menjalankan freelance accounting?
Ya. Penggunaan perisian original sangat penting kerana perkhidmatan melibatkan data sebenar perniagaan pelanggan. Perisian cetak rompak boleh mendatangkan risiko kehilangan data, data tidak diproses secara menyeluruh atau ciri-ciri penting perisian tidak dapat digunakan sepenuhnya. Namun, untuk permulaan, anda boleh gunakan trial version (percuma). 

Harga perisian original UBS Accounting +- RM1200 (rujuk web UBS Sage Sdn. Bhd.) untuk harga terkini) dan 1 perisian original UBS Accounting boleh digunakan untuk 99 syarikat. Pulangan kepada pelaburan membeli perisian original UBS Accounting boleh didapati selepas mendapat 3 hingga 4 client.



8) Apakah perisian perakaunan terbaik untuk menjalankan perniagaan freelance accounting?
Jawapannya ialah perisian yang anda tahu dan selesa menggunakannya. Ada perisian yang mudah untuk key-in transaksi tetapi sukar untuk mengedit jika ada sebarang kesilapan. Bagi kami, UBS Accounting yang terbaik kerana walaupun perlu tahu Debit/Kredit untuk menggunakannya, ianya memudahkan tugasan kita sebagai akauntan - edit transaksi tersalah kod, edit jumlah, urusan year-end processing, dll.

4 comments:

  1. Assalammualaikum, saya berminat membuat freelance akaun, mcm mana hendak buat marketing mendapatkan client?

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum, saya berminat membuat freelance akaun, mcm mana hendak buat marketing mendapatkan client?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. hai saya nak tanya ada ke bengkel atau apa apa seminar tentang pendedahan untuk buat freelance accounting ni?
    boleh email saya khuzaimah_ilias@yahoo.com terima kasih

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum.Tuan,macam mana Kita Dah tahu harga servis.kena ikut apa?ikut sales client ke?

    ReplyDelete